thank you allah

Hanya padamu ku meminta petunjuk

Monday, June 9, 2014

Adap Masuk Rumah Baru Secara Islam

Doa memasuki rumah
Dari Abu Malik Al-Asy’ari radhiyallahu ‘anhu berkata: Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa salam bersabda: “Jika seseorang memasuki rumahnya, hendaklah ia membaca doa:
اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ خَيْرَ الْمَوْلَجِ، وَخَيْرَ الْمَخْرَجِ، بِسْمِ اللَّهِ وَلَجْنَا، وَبِسْمِ اللَّهِ خَرَجْنَا، وَعَلَى اللَّهِ رَبِّنَا تَوَكَّلْنَا 
Ya Allah, aku memohon kepada-Mu kebaikan jalan masuk dan kebaikan jalan keluar. Dengan nama Allah kita memasuki (rumah) dan dengan nama Allah pula kita keluar (rumah), dan kepada Allah Rabb semata kita berserah diri.”
Beliau bersabda, “Kemudian hendaklah ia mengucapkan salam kepada anggota keluarganya.” (HR. Abu Daud no. 5096)

Doa keluar dari rumah
Dari Anas bin Malik radhiyallahu ‘anhu berkata: Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa salam bersabda: “Jika seseorang keluar dari rumahnya lalu ia membaca doa:
بِسْمِ اللَّهِ تَوَكَّلْتُ عَلَى اللَّهِ، لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللَّهِ
Dengan nama Allah, aku berserah diri kepada Allah, tiada perubahan (dari satu keadaan kepada keadaan lain) dan kekuatan kecuali dengan (izin) Allah.”
Maka saat itu dikatakan kepadanya (oleh Allah atau malaikat): “Engkau telah diberi petunjuk, engkau telah dicukupi dan engkau telah dijaga.”

 
Amalan-amalan yang digalakan apabila menduduki rumah baru atau tempat baru  adalah seperti berikut :

1.    Solat berjemaah dan azan.
Rumah yang baru di beli atau baru di duduki eloklah dilakukan solat berjemaah dikalangan ahli keluarga. Mulakan dengan laungan azan untuk melakukan solat fardu ketika pertama kali masuk rumah baru. Ia juga baik bagi bangunan yang telah lama ditinggalkan dan tidak dihuni oleh sesiapa. Dalam sebuah hadis, Rasulullah SAW. pernah memberitahu bahawa sekiranya sesebuah bangunan (premis/rumah) itu terlalu lama dikosongkan (tanpa penghuni) ianya akan dimasuki sejenis makhluk halus (jin yang dikenali sebagai Al-’Ammar) yang suka tinggal di rumah yang tidak berpenghuni.

2.    Membaca surah Al-Baqarah
Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a., Rasululuuah SAW bersabda yang bermaksud;“Janganlah kamu jadikan rumahmu seperti kubur (hanya untuk tidur), sesungguhnya rumah yang dibacakan Surah Al-Baqarah tidak akan dimasuki syaitan” (Hadis Riwayat Ahmad, Tirmidzi, Muslim dan Nasai)

3.    Banyakkan solat dan membaca Al-Quran
Dalam sebuah hadis lain pula, Rasulullah SAW. juga menggalakkan agar kita memperbanyakkan solat dan membaca Al-Quran di dalam rumah atau bangunan yang baru diduduki. Baginda bersabda yang bermaksud: “Sinarilah rumahmu dengan memperbanyakkan solat dan membaca al-Quran.” (Hadis riwayat Baihaqi)

4.    Baca Zikir
i.    Baca zikir al-Mathurat kubra setiap pagi (lepas subuh) dan petang (selepas asar atau lepas magrib) amalan ini bukan untuk menduduki rumah baru sahaja tetapi amalan harian yang sunat yang dituntut untuk dibacakan setiap hari pagi dan petang. Insya Allah jin kafir dan syaitan akan menjadi lemah untuk menggoda dan mengganggu pengamalnya yang sentiasa membaca zikir al-Mathurat . Atau
ii.    Baca Surah Yassin, Al-Fatihah dan Al-Ikhlas - Amalkan membaca surah Yassin setiap malam terutamanya 7 malam pertama anda menduduki rumah atau bangunan. Baca juga surah Al-Fatihah sebanyak satu kali, surah Al-Ikhlas 3 kali, selawat ke atas nabi sebanyak 7 kali, ayat Kursi sekali, tetapi di ayat terakhir bacalah sebanyak 7 kali.

5.    Pagar Rumah Secara Islam
Perbuatan memagar rumah dengan menanam atau menggantung sesuatu di penjuru atau sudut-sudut tertentu di rumah atau bangunan yang diduduki dengan kepercayaan bahawa benda tersebut akan menjaga dan memelihara keselamatan penghuninya adalah perbuatan yang bertentangan di sisi Islam. Bagaimana pun ada cara yang dibolehkan dan digalakkan mengikut ajaran Islam.
i.    Baca surah Yasin sekali dan sediakan air satu bekas kemudian ‘memagar rumah’ dengan merenjis air Yassin di sekeliling rumah. Amalan ini adalah amalan masyarakat Islam untuk menghalang daripada gangguan jin. Setiap ayat al-Quran yang dibacakan keatas air akan ada gelumbang yang baik dan laju dan amat dibenci oleh makhluk ghaib seperti jin dan syaitan. “… Surah Yasin adalah qalbul Quran (jantung atau hati al-Quran), tidaklah seseorang yang membacanya kerana mengharap keredhaan Allah dan negeri akhirat (syurga), melainkan akan diampunkan dosanya. Dengan itu, bacakanlah ia kepada orang yang akan mati di antara kamu.” (Hadis Riwayat Ahmad dan an-Nasaa’i. Dinilai lemah oleh ad-Daruquthni, al-Haitsami, al-Albani dan Syu’aib al-Arnauth).

ii.    Ambil air kemudian baca surah Al-Fatihah sekali, ayat Kursi sekali, Surah 3 Kul (Al-Ikhlas, Al-Falaq dan Al-Nas) sekali. Kemudian tiup ke dalam air tersebut perlahan-lahan hingga habis nafas. Setelah itu, jirus dan renjiskan air tersebut ke setiap penjuru rumah dengan mulai dengan penjuru yang terletak di sebelah kanan dan penjuru seterusnya, mengikut arah berlawanan jarum jam.
Marilah kita beramal dengan amalan cara Islam dalam apa keadaan sekali pun samaada semasa kita membeli rumah atau semasa kita hendak menduduki rumah baru. Rumah yang berkat adalah rumah yang sentiasa dilaungkan bacaan al-Quran, berzikir, solat-solat sunat dan mengadakan majlis tazkirah dan tarbiah. Wasalam

No comments:

Post a Comment