thank you allah

Hanya padamu ku meminta petunjuk

Tuesday, July 17, 2012

Mengapa kentut berbau
Bau busuk kentut adalah disebabkan oleh kehadiran 1% gas hidrogen sulfide , indole , ammonia dan skatole. Kebanyakan komposisi yang membentuk bau busuk kentut ini terdiri daripada sulfur. Lebih banyak kandungan sulfur dalam diet anda, lebih banyak skatole dihasilkan oleh bateria dalam usus anda; maka lebih busuklah kentut anda!
Masalah kentut berbau bukan sahaja disebabkan oleh pengambilan diet yang tertentu,tetapi juga disebabkan oleh beberapa masalah lain yang berlaku di dalam badan sendiri(intrinsic factor) seperti masalah penghadaman yang tidak sempurna , penyakit usus dan sebagainya.
Punca bau busuk kentut anda boleh disebabkan oleh beberapa faktor seperti berikut:
■ masalah sistem pencernaan yang tidak sempurna seperti jangkitan pada salur usus
■ makan dalam kuantiti yang banyak
■ pengambilan makanan yang masam
■ pengambilan makanan yang meningkatkan penghasilan kentut seperti kubis, kacang, pisang, plum, lobak ,bawang.
■ Minuman seperti soda dan minuman berkarbonat
■ masalah gerakan(peristalsis) usus yang tidak sempurna disebabkan oleh jangkitan kuman dan sebagainya
■pengambilan makanan tenusu seperti keju
■Lactose intolerance- keadaan di mana lactose sukar untuk dicernakan
■pengambilan kopi dan teh secara berlebihan
■pengambilan alcohol yang berlebihan
■penyakit pada usus besar

Bagaimana mengelakkan kentut berbau
Terdapat beberapa cara yang boleh saudara lakukan untuk mengurangkan masalah yang saudara hadapi Antaranya:
■ lebihkan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran berserat dalam diet kerana kandungan zat dan vitamin dalam sayur-sayuran dan buah-buahan boleh mengelakkan sembelit dan menghentikan masalah kentut berbau.
■ Minum air yang banyak untuk menggalakkan gerakan yang lebih baik dari usus dan sekaligus membantu membersihkan usus anda.
■ Elakkan makan makanan yang dibuat dengan bahan pengawet dan bahan kimia sintetik.
■ Kurangkan gula dan minuman manis dalam diet kerana kuantiti gula yang berlebihan menyediakan medium yang baik untuk pembiakan bakteria dalam usus
■ lakukan senaman dan aktiviti fizikal secara teratur untuk membantu proses pencernaan bekerja dengan lebih baik
■ Makan dengan betul dan ini bermakna mengunyah makanan dengan baik, sekurang-kurangnya 50 kali sebelum menelan makanan.
■ Makan perlahan-lahan. Jangan terburu-buru untuk menghabiskan makanan kerana makanan yang kurang cerna menyebabkan kentut berbau.
■ Campur jus lemon dengan segelas air kemudian tambah setengah sudu teh baking soda untuk mengelakkan perut kembung kerana perut kembung juga menyebabkan kentut berbau.
- makan dalam jumlah dan kuantiti hidangan yang sedikit untuk memberi ruang kepada organ pencernaan untuk memproses dan mencerna makanan dengan baik
- amalkan pengambilan yogurt dan susu kultur dalam diet. Kajian menunjukkan yogurt mangandungi kandungan probiotic lactobacillus acidophilus yang mencukupi untuk melawan serangan bakteria sekaligus menghapuskan masalah kentut berbau
- terdapat juga beberapa jenis ubat yang membantu mengurangkan masalah kentut berbau seperti antibiotic Rifaximin dan Devrom(bismuth subgallate). Namun harus DIINGATKAN!, saudara perlu berjumpa dengan doctor terlebih dahulu sebelum mengambil ubat-ubatan yang disebutkan . Ini penting untuk mengelakkan masalah kesan sampingan terhadap ubat yang diambil tanpa arahan BERTULIS dari doktor!

Monday, July 16, 2012

AURORA

memeng cantik permandangan aurora

ributan cahaya (sunspot) yang sering berlaku di kutub utara dan kutub selatan. siapa yang terer fizik mesti tau macam mana ia berlaku. masa sekolah dulu, bab fizik jer lambat sikit nak faham. tapi boleh la faham gak. tapi letih la cikgu kena ngajar.

secara amnya, sunspot akan berkaitan dengan aurora, gangguan elektronik serta gangguan kepada satelit yang sedang mengorbit bumi.

aurora ni berlaku apabila tenaga dan haba matahari muncul di pusat matahari di mana atom hidrogen betukar menjadi helium. Proses ini akan menyebabkan pengeluaran tenaga yang amat besar, tetapi disebabkan matahari ini amat besar saiznya, ia mengambil masa yang lama untuk muncul di permukaan matahari (atmosfera).

kalu banyak baca. banyak boleh faham macam mana ia berlaku.